Thursday, December 17, 2009

Cerita periuk kera dan burung Nuri


Saya okey di sini, anda diharap lebih-lebih lagi. Hanya orang yang okey boleh bawa dirinya ke arah kehebatan. Tak mungkin orang yang tak okey emosinya mampu membawa negara ini ke arah kecermerlangan. Kita semua ibarat tayar-tayar kereta api. Kereta api itu adalah negara kita, bangsa kita dan agama kita. Kita yang tentukan ke mana negara ini nak kita bawa, bangsa ini nak kita bawa dan agama kita nak kita tinggalkan ke atau kita bawa sama. Kita lah tayar-tayar yang menetukan hal ini Gagal kita berfungsi dengan bagusnya, dalam istilah lain gagal kita berputar ikut sepatutnya kita berputar maka kita akan menjahanamkan negara kita, bangsa kita dan agama kita. Nampak???

Manusia perlu sentiasa aware, alert, bersedia dan bersiap siaga. Orang yang sentiasa bersedia dan bersiap siaga, insya-ALLAH, ikut adat, sentiasa okey.

Anda, perasan tak ada tumbuhan bersikap kehaiwanan?? Tak perasan? Tu, periuk kera tu. Dia makan serangga. Dia penutup, kalau serangga termasuk ke dalam dia boleh tutup balik. Siapa beritahu dia supaya tutup penutup dia bila ada serangga masuk? Ganas betul, Sampai hati betul. Tak apalah dia tumbuhan.

Dan perasan tak ada haiwan yang ada sifat-sifat kemanusiaan. Ada ke bang? Ada, cuba tengok burung nuri, burung murai batu dan kakak tua, mereka boleh bercakap. Pdahal mulut mereka langsung tak sama dengan mulut kita. Dia ada muncung dan muncungnya tajam lagi keras, dan dia ada lidah tapi jauh berbeza dari lidah kita, dan dia ada wajah tapi tak sama dengan wajah kita. Hidung dia, mata dia, kepala dia tak pernah sama dengan kita, tapi dia boleh bercakap, bahasa kita Dia boleh gelak macam kita gelak. Dia boleh baca
Quran. Dia boleh mengucap.



Kalau yang membelanya omputih, dia boleh bercakap omputih pulak tu. Kalau membelanya orang Cina boleh cakap Cina- kita pun tak boleh cakap Cina. Kalau yang memeliharanya orang India boleh cakap India- kita sendiri pon belajar tak pernah jadi.
Tengok, rupa langsung tak serupa kita tapi boleh ada sifat macam kita.


Manusia pulak yang bersikap binatang ada tak? Laa.. rupanya ada, banyak pulak tu, macam-macam lagi. Sampai kalau ada manusia dengan manusia bergaduh dia boleh kata, "Binatang engkau ni!" Keseluruhan dia diiktiraf sebagai binatang. Kalau burung Nuri dengan burung Nuri bergaduh dia ada cakap, "Manusia engkau ni!"

Tak ada. Maknanya Nuri dengan Nuri masih belum jadi manusia dan tak mahu jadi manusia walaupun boleh bercakap macam manusia, tapi manusia boleh dikatakan BINATANG. Tak teruk ke manusia.

Anda nak jadi apa, pilihan kita sendiri. Jangan sampai satu hari kita termasuk dalam periuk kera dan kita dimakan oleh kera, periuk kera yang besarlah. Ataupun kita sedang kita seronok tengok Nuri barcakap, dia sebut kat kita, "BINATANG!"


* "Tidak ada yang mustahil sebelum dicuba."

No comments:

Post a Comment