Sunday, January 3, 2010

Bagaimana Umat Islam Dimurtadkan..

Nama saya Salleh b. Omar, nama Kristian ...Joseph. saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940..dan bapa saya seorang India muslim dan mak saya org Banting Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan mak saya berada di Kedah, Pondok Kg. Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal di bersamanya selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada suatu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamarudin Hj. Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok-belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk org Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal di sana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara sembahyang orang mati, talkinkan jenazah dan macam-macam lagi dalam Bahasa Melayu. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.

Apabila saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok-belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai 'mubaligh' dibayar RM60 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 3 bulan di Port Carzy bersama En. Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausaha Agong Persatuan Melayu Kristian, Singapura. En. Aziz juga adalah bekas Tentera Udara Diraja.

Apabila dilantik ke Gereja saya masih lagi ketua 'mubaligh' bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00 bersama-sama 2 org kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Neg. Perak dan En. Azlan, Pengarah Jabatan Agama Islam dan saya terus bertaubat.

Jumlah yang dapat dikristiankan seramai lebih kurang 3,000 org terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka (mubaligh) ialah Lelaki- berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (Elaun satu hari RM 60.00) dan perempuan - berbaju putih skirt hitam dan reben hitam dan selalu berada di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg. Wang Plaza.

Cara-cara mengkristiankan... mereka akan menemu bual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) diberi kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross, selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum - 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu dan menjauhinya.

Kewangan gereja adalah lumayan...anggaran RM12.6 juta biasa saja...sumbangan atau sumber dari Sabah, Sarawak dan Filipina juga Singapura. Tidak hairan melihat ada Gereja yang berlambak di hulu-hulu sungai) Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini dan terletak di Petaling Jaya, P. Pinang dan Senawang.

Di Senawang terlibat seramai 200 orang. Ketua di Senawang Hj. Hanapi Saat dan Hj. Ismail orang Sungai Petani Kedah. Hj. Hanapi bekas guru- akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En. Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak-anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang. Seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Di Banting...Kamariah bt. Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (mubaligh Cina dibayar RM 165.00 sehari). En. Salleh Omar telah menawarkan cek sebanyak RM 10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar dalam akhbar tahun 1982.)

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, kemalangan motorsikal, di dalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian : 1. desakan hidup 2. kurang didikan agama.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj. Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai Timbalan paderi itu. Beliau telah di hantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi ke setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.

Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang mubaligh, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian

Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu baca Fatihah dan dengan rock - pameran dikapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian...mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem RM 7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah dan Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan).

Seorang Bekas Paderi, Abd. Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En. A. Rahman adalah mubaligh di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat : 1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin

Air.. Holy Water dibawa dari Indonesia (Ketua Paderi Indonesia) Bapa Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku2 Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj. Ahmad dalam kerja berdakwah Kristian..3 negeri tidak boleh dimasuki iaitu Kelantan,. Terengganu dan Kedah...dan mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

Wallahua'lam..
semoga dijadikan Iktibar...
#Salah satu sebab Parti Islam di Malaysia menentang dasar kerajaan yang Pro Kristian.???

Monday, December 28, 2009

Kenapa Malas




Orang yang berpikir tentang kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datangla ia kasih sayang.

Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula dari kepala. Betul yang apa difikirkan maka betulla jadinya, salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai dikepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba dirialitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita letak perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas.

Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takbur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. Perkataan-perkataan itu lah yang akan menguasai diri. Maka adilah kita seorang menyampah tak pasal-pasal. Kalau kita ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak , sombong, takbur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.


Dari satu artikel yang saya terbaca, seorang wanita berstatus suri rumah menulis bergini lebih kurang, "Saya seorang suri rumah, ada empat anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mececah 10pagi gitu. Bila dah 10 pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh".

Agak- agak sebab apa jadi macam tu. Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah apa yang dihendaki itu.

Alangkah orang yang memang nk bangun awal memang nak bangun awal kadan-kadang bunyi jam x dengar, inikan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pon x sedar.



* Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nk jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.

Sunday, December 27, 2009

Kemalangan Bas Sani Ekspres

Alhamdullilah.. masih lagi berkesempatan ctopeng mengupdate blog ni. Ctopeng terkejut dengan kejadian kemalangan maut yang melibatkan bas Sani express beberapa hari lepas. Yela, kita memang selalu dengar berita sebergitu.. yang patut disalahkan mestilah pemandu bas kan, di sebabkan kelalaian, berpuluh nyawa terkoban..cube tgok artikel ni,

IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali.


"Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

"Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam.

Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.

Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak," katanya.

Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah.

"Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu," katanya.

*Berita Harian*

Ctopeng percaya, yang menyebabkan kemalangan ni adalah pemandu bas itu sendiri, kerana terlelap katanya..
Tapi, agak2 la..yang kamu bawak tu nyawa manusia, bukannya kayu balak, disebabkan korang, ramai yang menderita. Ada yang tinggalkan anak, isteri, suami n etc.(kepada pemandu bas)
Ctopeng tak puas hati dengan sikap sesetengah pemandu bas, terkejar2 mase, bawak bas cam "hantu", nk tunjuk lagak, agak2 la..n kepada pengusaha bas tu, carik la pemandu yang profesional sket... jgan nk carik untung jer lebih, tp sambil lewa..(wah emosional gak ctopeng ni...huhuhu...)

Itu saje la yang ctopeng nk ckap, ctopeng pon salah seorang pengguna bas xpress kat Malaysia ni..harap2 kerajaan mengambil tindakan terhadap kes2 sebegini...