Friday, December 18, 2009

Apa nak heran anak orang kaya?




Saya nk cerita kisah seorang wanita, usia 25 tahun ada yang berpendapatan RM50,000 sebulan. Boleh bayang?? Seorang wanita, baru usia 25 tahun pendapatan bergitu banyak. Dengan pendapatan sebergitu dia mampu memiliki tiga buah rumah dikawasan elit Damansara, Sri Hartamas dan Cyberjaya. Dua buah kereta mewah jenis Porsche dan Nissan Fairlady Z350. Kelulusan setakat UiTM, Shah Alam.

Adakah dia anak orang kaya? Anak orang kaya kita tak usah nak heran, boleh dikatakan tak ada apa kita boleh belajar dari anak orang kaya- dari aspek kejayaan dan kekayaan - yang mungkin boleh membuka mata kita kisah harta bapaknya tu habis dalam masa sekelip mata, dia jatuh melepak. Ramai dan mudah untuk dilihat. Yang nak kita belajar ni dari orang miskin yang mampu menceracak gitu.

Nama wanita ni Aida Nurlin. Wajahnya terpampang di akbar bacaria keluaran 14 jun 06 (lama tu..). Jadi tak ada rahsia lagi.


Kata dia, untuk berjaya dalam peniagaan, perlu ada semangat yang kental dan motivasi diri yang tinggi. Apa Nurlin buat? Dia menceburkan diri dalam bidang pelaburan unit saham amanah SSB. Kenapa dia buat? Dia kata untuk mengubah persepsi yang mengatakan orang Melayu kurang kejayaan dalam bidang ini.

Biasalah orang kita ni kalau disuruh berniaga yang dia nampak dulu ialah rugi. Perkataan rugi bergitu punya besar menghiasi ruang matanya berbanding perkataan untung. Mana tak takut.

Macam kalau perkataan tak reti lebih besar dalam kepala kita daripada reti, boleh buat sesuatu yang menakjubkan? Suruh bayar duit api, terus tak reti, memang tak akan buat dan kalau buat pun penuh dengan kesalahan. Kenapa tak besarkan perkataan reti, buat-buat reti, kalau masalah terjadi buat tak reti.


Seorang surirumah hampir diceraikan oleh suaminya sebab tak reti. Semuanya tak reti, terlalu bergantung pada suami, lemaslah suami. Kalau ada calon yang lebih reti atau reti segala-galanya, boleh bantu kurangkan beban tentulah terkalih dia dibuatnya. Logik tak?

Jadi Nurlin ni dia dah buat kerja dia tu sewaktu dia di UiTM lagi. Kenapa dia buat? Selain untuk buktikan kemampuan orang Melayu, juga kemampuan wanita, dia juga nak buktikan dia lebih kurang handal macam kakak dia.

Oooo, rupanya kakak dialah yang menjadikan dia berantu dalam bidang ni. Kakak dia mendahuluinya pada awal pembabitan dah berpendapatan RM30,000 sebulan. Dalam tak reti tak retinya tu, dia meretikan dirinya dan akhirnya menguasai bidang berkenaan. Sekarang pada kedudukan Pengurus Agensi Kumpulan Platinum 2.

Lebih menarik bidang yang dia belajar waktu kat UiTM ialah Sains Aktuari tahap Diploma. Tak ada kaitan dengan bidang dia lakukan sekarang, kan?

Tulah manusia, kitalah tu, boleh dan mampu lakukan macam-macam kalau kita beri kesempatan untuk diri kita sendiri mempecayai kemampuan diri kita. Dan bergitu ramai daripada kita tak mampu lakukan yang sebenarnya dia mampu lakukan sebab diri sendiri tak pernah percaya dia tu sebenarnya mampu lakukan. Mohon direnungkan..




* " Orang malas senang mengeluh kekurangan waktu "



No comments:

Post a Comment